Saturday 19 October 2013

MAMA BARU NAK BERBLOG

Sebenarnya memang dah lama mama berhasrat untuk menulis cerita tentang suka dan duka kehidupan mama especially kisah hidup abang dan celoteh adik, cuma mama tak berkesempatan...terasa rugi la pulak. Banyak moment-moment yang hampir-hampir lupus dari kepala mama ni..Tak pe lah, mama try untuk mngingati satu persatu moment-moment itu semoga anak-anak mama khasnya make it as a part of your life...

PERISTIWA DI LABOUR ROOM

Bertarikh 6 Mac 2006 pukul lebih kurang 2pm, mama disorong masuk ke labour room setelah bukaan jalan 4cm. Masa tu dalam hati mahu cepat je bersalin sebab dugaan yang mama lalui semasa pregnent abang terasa sudah cukup hebat.

Masalah utama semasa pregnent 'polyhydramonious' dengan erti kata lain air ketuban banyak. Bila air ketuban dah banyak perut pun jadi besar. Masa tu ramai yang jangka twins. Tak de maknanya twins sebab setiap kali scan de 1 je dalam perut...

Ok berbalik smula story kat dalam labour room..tak lama mama baring atas stroller datang la 2 orang doktor siswazah (confirm la tak de pengalaman handle kes-kes yang bermasalah macam mama). Bila tengok fail story-mory pasal pregnency mama ni diorang decided pecahkan air ketuban. Berbesan2 jugak la air ketuban dikeluarkan. Tetiba...jeng jeng jeng..datang seorang doktor (mama rasa doktor pakar) tanya kat doktor yang 2 orang tu tadi : "U pernah handle ke kes poly ni?" Kedua-duanya geleng kepala... Ya Allah, rasa terhenti sekejap jantung mama waktu itu.. Lepas tu doktor pakar terus letak tangannya kat perut mama, mencari-cari kepala baby. U know what??? Kepala baby belum turun kat bawah, paling mencemaskan air ketuban sudah dikeluarkan. Ini boleh membahayakan baby & mama skali.. Mama tengok pucat lesi muka 2 orang doktor yang berlagak pandai tadi.. Then doktor pakar tadi panggil 2 orang doktor yang lain dan bagi mama ubat bius...

Sedar-sedar je mama rasa perut mama dah kempis sikit, mama tanya doktor mana baby.. Doktor senyum dan jawab baby masih dalam perut mama. Tadi rupanya doktor push baby supaya turun ke bawah.. So sekarang just tunggu  jalan buka 10cm..

Bila  jalan dah buka 5cm nurse pun panggil ayah. Mujur ada teman berkongsi sakit contraction. Kesian ayah..ayah tu alahan darah, tak tahan bau darah. Tapi demi kerana mama dan baby ayah tetap sabar dan tahan bau darah. Lama gak duk teman mama dari pukul 5pm sampai 11pm tapi masih belum terasa untuk meneran. Bukaan jalan cuma 7cm je. Doktor suggest operate..Pukul 11pm mama disorong masuk ke dalam bilik bedah...

KELAHIRAN YANG DINANTI-NANTI...

Alhamdulillah detik 11.30 malam lahirlah abang dari perut mama secara pembedahan. Rasa ngilu perut dihiris masih segar dalam ingatan. Terasa seperti baru semalam mama lahirkan abang... Ingat lagi di saat doktor keluarkan abang dari perut mama, mama terdengar doktor mengatakan : "The baby like Robin"...Mama ingat Robin tu kawan dia. Hahaha...Rupa-rupanya mama silap. Nanti mama cerita Pakcik Robin mana yang dimaksudkan oleh doktor itu ya...Lepas abang sudah dibersihkan barulah nurse tunjukkan abang pada mama. Bila mama sudah cium abang, nurse terus ambil abang semula untuk dimasukkan ke dalam incubator sebab abang tidak cukup oksigen katanya...Lepas itu mama tidak tahu abang dibawa ke mana. Yang mama tahu, sakit perut ditoreh dan dijahit tadi sudah mula terasa sebab ubat bius sudah habis. Tekak terasa dahaga hanya Allah sahaja yang tahu...Pasal abang mama tidak mahu fikir lagi. Untuk malam yang pertama ini biarlah doktor dan nurse-nurse yang comel  menjaga...

4 comments:

  1. Ngeh..ngeh..ngeh...xtido mlm nk create blog ni tau

    ReplyDelete
  2. ala...xkan abis camtu je citer ni..mcm nk lagi dan lg...hihi

    ReplyDelete
  3. Hihi...tgh berusaha mcari smula info psl pakcik robin ni...

    ReplyDelete