Saturday 19 October 2013

ABANG DAH PANDAI BACA

Alhamdulillah...syukur padaMu Ya Allah kerana abang sudah pandai membaca...walaupun sebutan abang tidak jelas tapi mama positif apa yang abang baca adalah betul...Sejak dari semalam abang tunjuk kesungguhan abang membaca. Semua buku-buku cerita yang dah lama mama beli untuk abang, abang cari dan baca dengan penuh minat....mama sangat terharu melihat perkembangan abang. Bertakung airmata mama tanda gembira... Teruskan lagi usahamu, sayangku... Walaupun hanya perkembangan yang sangat kecil tapi bagi mama ianya sangat-sang bernilai... Dan mama berdoa semoga abang akan menjadi anak yang cerdik dan berjaya dunia akhirat. Amin..


No comments:

Post a Comment