Friday 25 October 2013

OPERATION THEATRE (PART 3) : GASTROSTOMY TUBE

Selepas pembedahan tracheostomy, keadaan abang menjadi lebih baik. Pernafasan abang nampak lebih selesa. Yang penting abang sudah tidak perlu duduk dalam incubator lagi. Mama boleh cium abang puas-puas. Walau bagaimanapun doktor kata penjagaan si pemakai tracheostomy ini sangat rumit. Rumit macam manapun mama kena hadapi juga sebab mama tidak mempunyai pilihan lain.

Sepanjang sebulan mama dibenarkan menginap di dalam wad bersama-sama abang. Mama diajar bagaimana penjagaan abang especially teknik suction dan feeding abang dengan betul. Mama juga diajar bagaimana untuk memasukkan feeding tube ke dalam hidung abang. Sekiranya mama tidak mahir mengendalikan semua itu, doktor tidak membenarkan abang dibawa pulang. So mama akhirnya dapat juga mengatasi perasaan takut dan kesian itu. Kalau 2 perasaan itu ada dalam diri mama confirm keadaan abang semakin teruk..Sebab bagi mama bukan mudah melakukan suction itu. Sangat menyakitkan bagi abang. Apa tidaknya, mama perlu memasukkan wayar ke dalam lubang di leher abang untuk menyedut kahak abang yang banyak itu. Sampai mama pernah bermimpi macam mana rasa sakitnya suction itu. Maafkan mama ya sayang, mama terpaksa lakukan juga...

Gambar: Suction untuk menyedut kahak yang sentiasa ada bagi pemakai tracheostomy


Akhirnya abang boleh discaj dari hospital setelah hampir 2 bulan menjadi penghuni tetapnya. Mama telah berjanji pada ayah dan diri mama sendiri mama tidak akan anggap abang 'kekurangan' sebaliknya mama anggap ia adalah 'kelebihan'. Mama tidakkan rasa malu dengan keadaan abang. Mama akan tunjukkan pada dunia abang adalah kebanggaan mama..

Gambar: Ryles tube dan Tracheostomy tube

Tidak dinafikan bukan mudah untuk menjaga abang. Kalau baby normal diberi perhatian 100%, so baby macam abang mama perlu berikan 200%. Apa tidaknya, kalau baby normal ada alarm semulajadi iaitu tangisan. Tapi kalau abang mama tidak dengar suara abang menangis. Jadi mama kena alert dengan keadaan abang, time makan abang dan sebagainya.

Selepas beberapa bulan abang duduk di rumah barulah mama berani bawa abang keluar berjalan. Ini kerana antibodi abang sangat lemah dan abang mudah dijangkiti penyakit.

Mama ingat lagi... Masa mama bawa abang pergi berjalan di shopping compleks semua mata tertumpu pada abang. Ya Allah bagilah aku kekuatan menghadapi semua ini... Ada juga yang beranikan diri menegur mama menanya tentang abang. Mama belum bersedia dengan semua ini. So mama just diam dan senyum. Ada juga yang tidak puas hati dengan respon mama yang begitu dan kata mama sombong. Biarlah, bukan semua orang boleh faham keadaan kita. Terus-terang mama memang tidak senang dengan mata-mata yang memandang pelik dengan keadaan abang yang bertiub di hidung dan leher. Tidak kurang juga ada yang bersimpati dengan keadaan abang..Tapi mama tidak perlukan semua itu. Mama hanya perlu mereka semua MEMAHAMI keadaan abang...

Memang menjadi konflik apabila mahu membawa abang berjalan keluar. Walau bagaimanapun mama perlu mengatasi konflik itu unless kalau mama hanya mahu menyimpan abang di dalam rumah. Of course tidaklah...Akhirnya mama terluah juga kepada doktor konflik mama ini. Mama rasa down untuk menghadapi semua ini. Doktor pun suggest membuat 1 lagi pembedahan iaitu untuk menebuk perut (gastrostomy) untuk feeding abang. Sekurang-kurangnya tiada lagi tiub di hidung yang menarik perhatian orang. Yang penting abang memang perlu menggunakan feeding tube untuk jangka masa yang panjang sebab keadaan mulut abang yang sangat sempit menyukarkan abang untuk makan menggunakan mulut.

Ketika umur abang genap 11 bulan, 1 lagi pembedahan dijalankan ke atas abang. Alah bisa tegal biasa. Kali ini mama lebih rasa excited berbanding dulu. Tambahan lagi doktor kata dengan adanya tracheostomy pembedahan akan jadi lebih mudah dan kurang risiko. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Syukurku padaMu Ya Allah kerana melancarkan proses pembedahan dan memudahkan lagi penjagaan anakku ini.

Benar. Menggunakan gastrostomy tube jauh lebih mudah berbanding ryles tube. Antara kelebihan gastrostomy tube ini :-

     - kurang refluks or rasa mual dan muntah
     - penyediaan makan yang mudah sesuai mengikut peningkatan umur
     - orang tidak tahu pun yang pesakit menggunakan tube (yang ini sesuai untuk mama la hihi...)

APA ITU GASTROSTOMY TUBE?
Satu tiub yang dimasukkan secara terus ke dalam perut pesakit untuk membekalkan nutrisi ke dalam badannya. Ia adalah salah satu cara di mana doktor boleh memastikan kalori yang mencukupi kepada pesakit terutamanya kanak-kanak yang mempunyai masalah dalam pemakanan.

MASALAH YANG MEMERLUKAN G-TUBE?
(1)   Kongenital /kelainan sejak lahir (keadaan mulut, esophagus dan perut yang normal)
(2)  Masalah menghisap atau menelan (kebiasaannya disebabkan oleh kelahiran pra-matang, kecederaan otak, lewat perkembangan dan masalah saraf
(3)   Kesukaran mengambil ubat yang keterlaluan

Gambar: Kedudukan G-Tube di perut



Sekarang abang sudah selesa dengan G-Tube ini. Lepas ini misi mama hendak ajar abang makan sendiri dengan G-Tube  macam dalam gambar bawah ini...Agak-agaknya bilalah agaknya abang boleh makan sendiri macam budak ini kan?

Gambar: So adorable....




2 comments:

  1. Assalamualaikum.... macam mana keadaan anak? Dah boleh makan sendiri ke guna gastrostomy

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum.... macam mana keadaan anak? Dah boleh makan sendiri ke guna gastrostomy

    ReplyDelete