Thursday 31 October 2013

OPERATION THEATRE (PART 4): JAW DISTRACTION

Masa berganti masa, bulan berganti bulan, tahun berganti tahun...Setiapkali mama bawa abang follow-up bahagian plastik di HSNZ, mama selalu berharap ada berita gembira yang akan doktor sampaikan untuk treatment abang. Tapi mama rasa balik balik benda yang sama sahaja diberitahu. 'Kita akan buat operation untuk membetulkan dagu Akhil. Kalau tidak dapat buat di sini kita akan hantar kes ini ke luar negara'. Sehingga umur abang 4 tahun masih tiada apa-apa lagi prosedur yang dijalankan untuk pembedahan membetulkan dagu abang...

Akhirnya...Alhamdulillah mama bertemu doktor Tarmizi (Pakar Pembedahan Kanak-Kanak HPRZ Kota Bharu), iaitu doktor yang melakukan pembedahan gastrostomy abang. Doktor Tarmizi telah memanjangkan kes abang ke HUSM...Dengan 1 panggilan sahaja kepada doktor Pakar Plastik di HUSM, abang telah dapat tarikh temujanji...

Temujanji pertama di HUSM bulan Oktober 2010..Doktor pakar yang in charge adalah Dr Wan Azman (Plastic & Reconstructive). Dr Azman tanya kenapa abang sudah umur 4 tahun baru refer kes ini dekat HUSM? Mama pun tidak tahu hendak salahkan siapa. Pada fikiran mama sepatutnya pihak HSNZ yang bertanggungjawab refer kes abang ke HUSM...Ok lah. Tidak mahu salahkan siapa-siapa. Yang penting sekarang treatment abang sudah berpindah di HUSM...Hoyehhhh

Doktor plan untuk menjalankan operation for 'Jaw Distraction'...Oleh kerana di HUSM belum pernah lagi melakukan operation jenis itu jadi doktor meminta mama dan ayah bersedia untuk membeli 'distractor' itu...Doktor memaklumkan kos agak tinggi, satu set alat itu dianggarkan berjumlah RM40,000..Ya Allah, di mana kami mahu mencari duit sebanyak itu...Ayah cukup tenang mendengar permintaan doktor itu. Dari riak muka ayah mama percaya ayah pasti akan dapat sediakan jumlah yang diminta oleh doktor itu. Ayah cuma minta satu surat dari doktor untuk pengesahan operation dan kos sekali.

Alhamdulillah...memang janji Allah itu pasti. Setiap anak ada rezeki masing-masing especially anak istimewa. Rezeki abang memang murah...Next temujanji doktor beritahu pihak HUSM berbesar hati untuk sponsor pembedahan abang..Jadi mama dan ayah tidak perlu risau tentang kos...Syukur...

Sebenarnya mama memang tidak ada idea langsung pasal operation yang doktor maksudkan itu..Yang mama tahu besi akan dipasang di kedua-dua belah pipi abang selama 3 bulan sekurang-kurangnya..Mama google untuk dapatkan lebih maklumat dan mama akan explain dengan bahasa yang paling mudah....

APAKAH ITU JAW DISTRACTION?
Ia adalah satu method untuk menambah saiz panjang pada tulang rahang. Ia memerlukan pembedahan untuk meletakkan alat yang dipanggil 'Distractor' pada kedua-dua belah rahang.


BAGAIMANAKAH PROSES JAW DISTRACTION ITU BERLAKU?

- Tulang pada kedua-dua belah rahang (bawah) akan dipotong.
- Satu pin kecil akan diletakkan di setiap bahagian tulang rahang yang dipotong tadi.
- Satu alat yang dipanggil 'distractor' akan memaut kedua-dua pin tadi.

Gambar: Jaw Distraction


- Beberapa hari selepas pembedahan, skru pada distractor akan dilonggarkan secara perlahan-lahan, hari demi hari. Proses ini akan menyebabkan kedua-dua bahagian tulang rahang yang dipotong tadi akan tertarik panjang.

- Manakala ruang kosong yang memisahkan kedua-dua bahagian rahang akan ditumbuhi tulang baru, dipanggil 'regenerate'.

Gambar: Ruangan merah adalah tempat di mana tulang dipotong dan tulang yang baru tumbuh


- Kebiasaannya proses pemanjangan tulang ini mengambil masa sekurang-kurangnya 6 minggu.

- Apabila telah mencapai saiz yang dikehendaki, distractor akan ditanggalkan.

Pada bulan Januari 2011, pembedahan untuk kali ke-4. Lebih kurang selama 5 jam abang bertarung nyawa di dalam dewan bedah.Selama itu juga mama dan ayah sabar menunggu di luar dewan bedah. Dalam hati tidak putus berdoa kepada Allah S.W.T...

Setelah pembedahan selsai...Ya Allah, deras sungguh airmata mama jatuh berjujuran. Sungguh azab deritamu wahai anakku..Kalaulah kesakitan itu dapat dipindahkan kepada mama, mama rela sayang...Maafkan mama andaikata kerana mama kamu perlu tanggung semua kesakitan ini sayang...Ya Allah, Ya Tuhanku. Hapuskanlah segala kesakitan anakku ini. Andai kesakitan ini akan berganti dengan kesempurnaan, Kau berikanlah kekuatan kepada anakku menempuh kesakitan ini. AMIN...

Selama 3 hari abang terlantar di atas katil wad. Muka abang bengkak seperti belon. Apabila nurse datang untuk bersihkan luka ata melakukan suction, abang menggelepar kesakitan. Mama hanya dapat menenangkan abang dengan sentuhan dan belaian. Semoga kasih sayang mama ini dapat menenangkanmu...

Hari ke-4 abang sudah mula beri respon yang positif. Dengan usaha yang sangat gigih, menahan segala kesakitan, abang cuba untuk bangun. YESSS!!! Abang berjaya...Hari ke-5 selepas pembedahan abang sudah boleh berjalan..Alhamdulillah, syukur..Melihat keadaan abang yang ceria hilang segala rasa gundah dalam hati mama...Abang memang seorang anak yang kuat...Sayang abang sangat-sangat..

Hampir sebulan mama setia meneman abang di hospital. Akhirnya doktor membenarkan abang pulang bersama-sama besi distraction di pipi abang..Seperti biasa keadaan abang menjadi tarikan setiap mata yang memandang. Pada mulanya mama kurang senang dengan keadaan itu. Tapi bila mama lihat abang sendiri 
tidak sedikit pun rasa terjejas atau kurang selesa dengan pandangan orang lain pada dirinya, mama rasa lega dan lebih confident..Sebenarnya abang lah sumber inspirasi mama..Abanglah kekuatan mama..

Gambar: Tetap aktif walaupun muka ada antena...hihi

Gambar: Nampak ngeri sungguh la kalau tersentuh besi tu...tapi tuan punya badan rilek je...

Gambar: Haa...ini dia supermom dengan superboy... i like this pic

Gambar: Model superboy dengan antena di mukanya




No comments:

Post a Comment