Tuesday 22 October 2013

OPERATION THEATRE (PART 1) : IMPERFORATED ANUS

Kali pertama mama melihat abang masa di dewan bedah. Kali kedua mama bertentang mata dengan abang adalah di NICU Hospital Sultanah Nur Zahirah. Masa itu mama lihat abang berada dalam incubator dengan posisi meniarap. Abang menangis tapi mama tidak dengar pun suara abang. Mama nak pegang dan nak dukung abang tapi keadaan tidak mengizinkan. Mama cakap pada ayah bahawa abang adalah 'anak istimewa'. Ayah tidak percaya selagi doktor belum mengesahkannya...Masa itu 1001 soalan berlegar-legar dalam kepala mama. Kenapa abang mesti duduk dalam incubator? Kenapa abang nangis tidak berbunyi? Kenapa muka abang tidak macam baby lain?


Doktor datang jumpa mama dan ayah memberitahu abang ada banyak masalah. Kesihatan abang tidak macam baby normal lain. Senang cerita abang dilahirkan tidak normal. Mama tenang... Mama pun tidak tahu dari mana mama dapat kekuatan itu.


Menurut kata doktor, abang tidak boleh membuang air besar kerana masalah 'impaferated anus'. Doktor mengatakan kelihatan ada tempat lubang dubur tapi lubangnya tiada. Oleh sebab itu abang perlu menjalani pembedahan dengan segera agar najis di dalam perut abang dapat dikeluarkan..



APA ITU 'IMPERFORATED ANUS'?

‘Imperforate anus’ merupakan keadaan di mana anus tidak terbentuk dengan sempurna samada ia memang tidak terbentuk atau ter-‘bypass’ ke struktur sekitarnya (disebut juga sebagai fistula).

Gambar: Anus yang terbentuk dengan sempurna


Gambar: Imperforated Anus

BAGAIMANAKAH CARA UNTUK MENGESAN IMPERFORATED ANUS PADA BAYI YANG BARU DILAHIRKAN?

Secara praktikalnya  satu ujian akan dilakukan ke atas bayi yang baru dilahirkan dengan menjolok sedikit termometer ke dalam anus/dubur bayi.
Gambar: Ujian yang sedang jalankan ke atas bayi baru lahir

Alhamdulillah, di hari pertama kehidupan abang telah selamat menjalani pembedahan kecil menebuk lubang dubur untuk mengeluarkan najis di perut abang..Syukur padaMu Ya Allah..





1 comment:

  1. Salam puan. Anak puan ada alami sindrom/komplikasi lain selain imperforated anus? Bukankah pesakit akan mengalami lain2 masalah yg berkait? Masalah berkaitan seperti VACTERL. Mohon penjelasan dan bantuan. Terima kasih.

    ReplyDelete