Wednesday 23 October 2013

OPERATION THEATRE (PART 2): PIERRE ROBIN SEQUENCE

Alhamdulillah abang sudah selamat menjalani pembedahan menebuk lubang dubur. Doktor memaklumkan dubur abang sudah boleh berfungsi dengan baik. Untuk proses mengeluarkan najis mungkin mengambil masa sehari dua kerana banyak najis-najis lama dalam perut abang. Berbunga-bunga hati mama bila doktor kata bila semua najis sudah dikeluarkan, mama boleh menyusukan abang. Walaupun doktor bagi mama discaj wad tapi mama tidak mahu balik ke rumah sebab mama sudah tidak sabar untuk menyusukan abang. Mama mengambil keputusan stay dalam wad ibu mengiring bayi...

Keesokan hari, dengan niat yang berkobar-kobar untuk memberi susu mama yang pertama kepada abang, mama sekali lagi diuji Allah...Doktor memberitahu mama abang tidak boleh disusukan kerana masalah oksigen. Doktor tidak membenarkan abang dikeluarkan dari incubator. Masa itu mama rasa sangat sedih. Hancur punah harapan mama untuk menyusukan abang. Tetiba fikiran mama rasa kosong.....................

Ayah memujuk mama supaya pulang ke rumah demi menjaga kesihatan mama. Walaupun jasad mama berada di rumah tetapi hati mama tidak pernah walau sesaat pun tidak memikirkan abang. Bila tengok pakaian, tilam, kelambu dan semua barang-barang abang yang belum terusik, hati mama lagi sedih. Tambahan pula breast mama sudah mula membengkak dan sakit kerana susu tidak dihisap. Dalam hati mama terdetik abang di hospital sekarang ini mesti sedang lapar susu. Dengan tabah hati mama memerah susu mama untuk dibekalkan kepada abang...

Awal-awal pagi mama mengajak ayah melawat abang di hospital. Mama rindu sangat-sangat pada abang. Mama hendak bagi bekal susu pada abang...

Sampai di hospital, doktor memberitahu abang boleh minum susu tetapi melalui tiub...Alhamdulillah, syukur padaMu Ya Allah. Sekurang-kurangnya Kau tetap membenarkan susuku mengalir di dalam badan anakku walaupun dengan cara yang tidak pernah langsung terlintas dalam fikiranku selama ini...

Gambar : Abang sedang tidur dalam incubator dengan tiub di mulut untuk menyusu

Doktor panggil mama dan ayah untuk menerangkan keadaan abang. Doktor memberitahu diagnosis abang sebagai PIERRE ROBIN SYMDROME/SEQUENCE (PRS)...Oooo inilah Robin yang doktor dalam bilik bedah hari itu maksudkan. Sindrome yang sangat jarang berlaku terutama di Malaysia...Mama tidak sedih dengan pengesahan doktor bahawa abang adalah 'ISTIMEWA'...Yang merunsingkan mama bagaimana kehidupan abang selepas ini....

Selain doktor, mama dan ayah juga berusaha mencari maklumat tentang PRS. Kami berkongsi maklumat sesama kami...Di sini mama kongsikan serba sedikit tentang pakcik robin yang mama dapat dalam google...


APAKAH ITU PIERRE ROBIN SYNDROME (PRS)?
PRS adalah satu kelainan pada rahang bawah yang sangat kecil dengan keadaan lidah ke belakang dan mengarah ke bawah. Ini boleh menyebabkan saluaran pernafasan sempit atau tersumbat. Kelainan ini juga boleh berlaku bersama-sama kelainan pada lengkungan lelangit yang tinggi atau terbelah.

Gambar: Rahang bawah yang sangat kecil

GEJALA PRS?
-  Rahang yang sangat kecil dengan dagu yang tertarik ke belakang
- Lidah nampak besar (sebenarnya ukuran lidah adalah normal tetapi ia kelihatan lebih besar jika dibandingkan dengan rahang yang kecil)
-  Lengkungan lelangit yang tinggi (U shape)
-  Lelangit terbelah


POSISI YANG TERBAIK BAGI PRS?
-  Bayi harus berada pada posisi mengiring atau meniarap di mana dengan posisi itu lidah akan ke depan dan saluran udara akan terbuka

Gambar: Hai sweeties!!!

- Untuk kes yang serious, satu tiub khas akan dipasang di hidung bayi untuk mengelakkan saluran udara tersumbat
Gambar: Kedudukan tiub khas yang dimasukkan ke dalam hidung

-  Untuk kes yang lebih serious, pembedahan menebuk leher (tracheostomy) akan dilakukan

Gambar: Tracheostomy tube

Sepanjang 29 hari mama berulang-alik ke hospital untuk menemaani abang. Mama tidak fikir langsung tentang kesihatan mama. Dari pagi sampai petang mama akan duduk di sisi abang yang berada di dalam incubator. Setiap hari mama sentuh tubuh abang, mama bagi kata-kata semangat. Terasa ingin sangat mama mencium abang, mendukung abang tapi semua itu mama tidak dapat lakukan. Tapi bagi mama bila dapat melihat abang, menyentuh dan menyusukan abang pun sudah cukup melegakan hati mama...

Entah mengapa hati itu bila mama keluar dari bilik abang untuk memerah susu di bilik khas, abang menangis sekuat-kuatnya sehingga oksigen abang drop. Doktor kata keadaan abang sangat serious. Nyawa abang sudah terhenti selama 4 minit. Ya Allah, jangan Kau ambil nyawa anakku. Sesungguhnya aku belum puas menjadi ibu kepadanya. Berilah aku peluang mendukung dan menciumnya, Ya Allah...

Doktor meminta keizinan mama untuk melakukan pembedahan untuk memasang tracheostomy pada leher abang untuk membantu abang bernafas. Sekiranya pembedahan tidak dilakukan, abang tidak ada harapan untuk terus hidup. Bagaimanapun peluang pembedahan berjaya dilakukan sangat nipis kerana mulut abang sangat kecil untuk memasukkan saluran ubat bius. Mama tidak boleh berfikir panjang. Mama serahkan ayah yang buat keputusan....Ayah izinkan abang dibedah. Sebelum incubator abang disorong masuk ke dalam dewan bedah, dengan linangan airmata mama memberi kata-kata semangat dan doa untuk abang. Abang menatap mata mama. Pada waktu itu, mama seolah-olah mendengar kata hati abang berkata kepada mama, "Mama jangan menangis, doakan anakmu ini selamat. Mama mesti kuat untuk menjaga anak mama selepas ini. Mama, mama, jangan menangis". Selepas itu mama dapat kekuatan semula. Ya sayang, mama mesti kuat macam anak mama...

Lebih 3 jam abang bertarung nyawa di dalam dewan bedah itu...Akhirnya abang keluar juga dari bilik itu...Alhamdulillah, pembedahan berjaya. Syukur....







1 comment:

  1. CASINO HOTEL WYNN, N.J. - Mapyro
    CASINO HOTEL WYNN, N.J. - Find the 포항 출장마사지 best prices on Hotel Wyndham ✓ Book online or call หาเงินออนไลน์ now. ✓ 화성 출장안마 Free cancellation 양주 출장마사지 until 6 pm. 구미 출장샵 Rating: 3.2 · ‎53 reviews

    ReplyDelete