Monday 21 October 2013

JANGAN DINAFIKAN HAK PENDIDIKAN ABANG

Pendidikan adalah hak setiap anak, tidak kira bagaimana pun keadaan anak itu. Mama berjanji pada diri mama akan memberi pendidikan yang terbaik untuk bekalan masa depan abang.

Semasa umur abang 5 tahun mama hantar abang di Tadika Tahfiz Gemilang. Susahnya mama hendak yakinkan cikgu di tadika itu yang abang takkan menyusahkan dia...Harapan mama cuma abang boleh kenal ABC dan 123. Waktu makan tengahari mama akan datang untuk beri abang makan... Tapi kenapa still ada jugak rungutan untuk mengajar abang???...Ok, dari rungutan cikgu yang boleh dikatakan hampir setiap hari, fahamlah mama mungkin situ bukan tempat yang terbaik buat abang. Abang nampak tidak berminat pergi sekolah. Asyik menangis bila sampai sekolah. So I think I have to accept that you are 'anak istimewa'.

Then, umur 6 tahun mama hantar abang di Pra-Sekolah Pendidikan Khas di Sekolah Kebangsaan Padang Hiliran. Ok, ada perubahan positif. Setiap hari abang bersemangat pergi sekolah. Happy je abang setiapkali mama hantar dan ambil abang. Alhamdulillah, mungkin ini sekolah yang terbaik untuk abang. Yang lebih membanggakan pada akhir tahun abang menerima 'Anugerah Pengurusan Diri'...Tahniah sayang. I love you so much. Muah muah...

Gambar: Abang sedang menerima "Anugerah Pengurusan Diri"


Gambar: Graduation Day abang...

Gambar: Tahniah sayang...


Mama ingat semuanya akan berjalan lancar. Rancangan mama, biarlah abang terus sambung di sekolah itu dalam program pendidikan khas...Semasa mama mahu menghantar borang pendaftaran baru Penolong Kanan (PK) panggil untuk berbincang dengan mama. Tanpa introduction yang sopan, dengan selambanya PK cakap untuk tahun depan abang TIDAK BOLEH bersekolah di situ. Ya Allah, ujian apa lagi yang harus mama hadapi kali ini?

Kenapa abang tidak dibenarkan bersekolah di situ???...PK beritahu alasannya kerana abang tidak boleh bertutur dan makan seperti budak-budak lain...Walaupun pada zahirnya orang nampak mama kuat tetapi batinnya mama tetap lemah. Mama sangat sedih bila ada orang menafikan hak yang sepatutnya abang dapat. Tapi mama tidak dapat melepaskan apa yang mama tidak puas hati...Mama cuma minta pendapat dia tempat yang terbaik untuk abang..Lebih merobek hati mama ini PK suggest mama hantar abang dekat Pusat Dalam Kumuniti (PDK)..Pada siapa-siapa yang tidak familiar dengan PDK, PDK adalah tempat khas untuk kanak-kanak istimewa yang biasanya belum pandai mengurus diri. Lebih kepada aktiviti kemahiran berbanding pendidikan...Mama berkeras tidak setuju dengan cadangan pertama PK itu.. Cadangannya yang kedua hantar abang ke sekolah bahasa isyarat. Yang ini pun mama kurang setuju tetapi masih boleh diterima..Cadangan yang ketiga hantar abang dekat sekolah yang tidak ramai murid a.k.a sekolah yang terpencil jauh dari bandar..Patut ke seorang cikgu memegang jawatan PK memberi pandangan yang serendah itu pada abang???..So abang let's kita bla dari sekolah itu. Sekolah itu bukan yang terbaik untuk abang. Mama percaya di luar sana ada sekolah yang lebih baik untuk abang..

Masuk dalam kereta mama menangis sepuas-puasnya. Mama sedih bila ada orang tidak boleh terima kewujudan abang. Mama sedih bila hak abang dinafikan..I hate that person!!!

Seterusnya tindakan mama dapatkan surat pengesahan doktor yang mengatakan abang tiada masalah dari segi mental dan boleh mendapat pendidikan seperti kanak-kanak normal lain..Yes!!! I got it.

Umur 7 tahun mama daftarkan abang di Sekolah Kebangsaan Gong Kapas. Pihak sekolah beritahu bahawa dengan surat dari doktor itu abang diterima bersekolah di situ. Alhamdulillah. Leganya hati mama mendengarnya. Bermakna abang boleh seiring dengan kanak-kanak normal yang lain..


Gambar: Hai!!!Handsome tak saya?


Pada hari pertama persekolahan hati mama diuji sekali lagi..Baru 5 minit buat penilaian pada murid-murid baru baru cikgu yang mengendali penilaian itu mengatakan abang kategori 'slow learner'. Better hantar abang di sekolah pendidikan khas..Hebatnya cikgu itu. Baru 5 minit tu!!!!Kalau tidak boleh terima abang pun, bagi lah tempoh lama sikit. Rasa macam tidak logik je kan baru kenal, jumpa dan buat 'simple test', sudah boleh tahu yang abang 'slow learner'...Ok mama cool. Don't marah-marah...Mama cuma minta tempoh setahun abang sekolah di sini...Mood sedih tapi malas nak nangis-nangis lagi...

Syukur...proses persekolahan berjalan lancar. Walaupun cikgu complaint susah hendak bagi markah penilaian untuk abang dengan sistem pendidikan baru ini (sampai sekarang mama tidak faham sistem baru itu, ada band, PBS bagai) tapi masih terima abang di situ. Mungkin sebab pihak sekolah pegang kata-kata mama cuma setahun tempoh abang di situ..Oh ya, cikgu beritahu abang dekat sekolah pandai menyesuaikan diri bergaul dengan murid-murid lain dan tulisan sangat cantik..Kembang kempis hidung mama mendengarnya. I'm proud of you..


Hati mama lebih berbunga-bunga bila mama jumpa kelas tuition khas untuk pelajar bermasalah. Kelas malam 3 hari seminggu. Baik hati sungguh cikgu tuition itu. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa dan keprihatinan dia..

Untuk tahun depan yang sepatutnya abang naik darjah 2, mama belum buat keputusan sekolah mana yang sesuai untuk abang.. Baru-baru ni mama ajak abang pergi survey sekolah bahasa isyarat (masalah pendengaran). Dapat berjumpa dengan Guru Besar sekolah itu. Dari penilaian dia abang memang tidak layak bersekolah di situ kerana abang tiada masalah pendengaran. Mama hendak highlight di sini sekolah bahasa isyarat hanya untuk murid yang ada masalah pendengaran. Selain dari itu atau sekiranya anak hanya ada masalah pertuturan pergilah cari sekolah lain. Peringatan: bukan mudah untuk belajar bahasa isyarat. Hakikatnya ramai murid-murid di sana masih belum menguasai bahasa isyarat dengan baik...

Kesimpulannya.....cabaran yang mama hadapi untuk mendapatkan pendidikan yang sempurna untuk abang sangat hebat. Tetapi mama tetap positif di luar sana ada tempat yang terbaik untuk abang..



3 comments:

  1. Gud entry azie...seyes sedih je baca..kasih seorang ibu..

    ReplyDelete
  2. Salam kenal azie. Tq left comment di blog saya. Sedih rasanya diskriminasi org pd anak PRS ni. Sebab sindrom ni x bnyk info n x ramai org tau compared to sindrom2 lain mcm down sindrome n autisme. Apa2 pun tabahkan hati. Kita kuat, anak pun kuat. Tq atas perkongsian maklumat ni, at least bg panduan utk ibu2 yg ada anak dgn masalah yg sama. Kita sharing2 ye :) Azie keep on writing ye. Semoga abg membesar dgn sihat, jadi anak soleh, berjaya dan berbakti kepada mam n ayahnya. InsyaAllah..

    ReplyDelete
  3. Sdg berusaha mngingat smula cerita2 lme ttg ank.byk termiss moment2 pntng...blogging dgn blinangn air mata...

    ReplyDelete