Wednesday 29 January 2014

OPERATION THREATRE (PART 7) - TEBUK TELINGA

Tahun 2014 menjelma...Tahun ini umur abang masuk 8 tahun. Diam tak diam sudah hampir 8 tahun mama melahirkan abang dan menjaga abang. Sudah bermacam-macam rawatan dan pembedahan yang abang jalani. Dari tebuk dubur, tebuk leherkemudian tebuk perut. Kali ini doktor menasihati mama untuk menjalani 1 lagi pembedahan menebuk telinga...Mama rasa tebuk-menebuk ni memang sangat sinonim dengan abang...hihi

Seperti yang telah mama tuliskan dalam post yang lepas, abang ada masalah pendengaran. Jadi untuk mengatasi masalah abang ini, doktor mengambil keputusan untuk melakukan pembedahan kecil ke atas abang yang disebut "MYRINGOTOMY & GROMMET". Minor operation sahaja kali ini. Doktor akan menebuk lubang kecil pada gegendang dan menyedut cecair yang bertakung di antara gegendang dan koklear. Selepas itu doktor akan letak satu tiub kecil pada gegendang untuk mengalirkan cecair untuk sementara.

Untuk memuaskan hati yang hendak tahu lebih lanjut apa itu myringotomy & grommet ni, meh la kita tanya pada Mr. Google...


APA ITU MYRINGOTOMY?

Myringotomy adalah sayatan kecil atau tebukan kecil di gegendang telinga untuk mengurangkan tekanan yang disebabkan oleh pengumpulan cecair dalam rongga internal yang berisi udara (telinga tengah) di luar gegendang. Myringotomy adalah prosedur bedah yang paling umum dilakukan di telinga. Prosedur ini umum dilakukan untuk membantu memulihkan pendengaran dan menghilangkan rasa sakit di telinga akibat pengumpulan cecair tersebut.

MENGAPA TERJADINYA PENGUMPULAN CECAIR DI TELINGA TENGAH?

Pengumpulan cecair ini terjadi disebabkan oleh beberapa situasi:

(1)     Gangguan pada fungsi tiub eusthacius
          Tiub eusthacius adalah saluran yang terdapat pada telinga tengah yang berfungsi untuk menghubungkan Cavum Tympani dengan Nasofaring. Fungsi tiub ini adalah untuk menjaga tekanan udara telinga tengah sama dengan tekanan udara luar, drainase sekret dan menghalang sekret yang masuk ke telinga tengah dari nasofaring. Dalam keadaan normal, biasanya tiub selalu tertutup dan akan terbuka jika oksigen diperlukan masuk ke telinga tengah atau pada saat mengunyah, menelan atau menguap. Oleh sebab itu, jika ada gangguan pembukaan pada tiub eusthacius, maka akan terjadi tekanan yang akan menyebabkan cairan keluar dari pembuluh darah mukosa telinga tengah dan berkumpul di telinga tengah...

(2)     Otitis Media
          Otitis media adalah radang pada sebahagian atau seluruh mukosa telinga tengah. Radang ini biasanya menyebabkan tiub eusthacius tidak dapat membuka sehingga terjadi ruptur pada pembuluh darah dan limfe yang mengakibatkan keluarnya cecair dan berkumpul di telinga tengah.

(3)     Penyakit GERD
         Penyakit ini merupakan penyakit reluks/isi lambung masuk ke esofagus. Pengumpulan cecair pada telinga tengah akibat daripda penyakit ini biasanya terjadi apabila cecair di lambung sampai ke nasofaring dan masuk ke telinga tengah melalui tiub eusthacius.

(4)     Penyakit ISPA
         Infleksi pada saluran nafas atas.

SIAPA YANG BERISIKO?

1.   Anak-anak autisme yang kebiasaanya mengalami gangguan spektrum
2.   Anak-anak sindrom (contoh: Sindrom Down) atau kelainan pada kraniofacial (yang ini macam kes abang la) yang menganggu fungsi tiub eusthacius.
3.   Anak-anak yang buta atau masalah penglihatan
4.   Anak-anak yang menderita sumbing bibir atau lelangit (ha...yang ni pun macam kes abang juga)


Ok...dengan info dan video yang mama dapat dari google, mama rasa lebih faham dan clear berkenaan dengan masalah pendengaran abang dan prosedur pembedahan yang abang jalani..

Operation berjalan selama 1 jam setengah..Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar. Mengikut kata doktor, cecair yang berkumpul di telinga abang sangat banyak. Tetapi cecair di telinga sebelah kiri lebih pekat. Oleh sebab itu doktor tidak letak tiub kecil yang berfungsi untuk mengalirkan cecair pada telinga kiri kerana dikhuatiri tiub itu akan tersumbat dek cecair yang sangat pekat itu...

Beberapa jam selepas menjalani operation abang dibenarkan discaj, dengan syarat berehat secukupnya di rumah. Abang dilarang sama sekali mandi kolam atau main hujan. Sekiranya boleh elakkan diri dari selsema...Dan yang paling syoknya, abang mama tengok lebih ceria mungkin sebab pendengaran abang lebih jelas dari dulu...HOYYYYEEEHHHHHH....
        

3 comments:

  1. salam zie.. apa khabar? jemput join group ni ye.. http://www.facebook.com/groups/pierrerobinmalaysia/ ..InsyaAllah harap dapat bertukar2 fikiran dengan kawan-kawan yang lain. Terima kasih.. :)

    ReplyDelete
  2. Hai cam ne anak u telinga ok tak anak i pun 29/03/2014 nak buat op harap ok lah air tu. macam mana dengan penjagaan nya selepas op susah tak.jika bole share di email saya danishaurora@gmail.com.tq.

    ReplyDelete
  3. Ada tak kesan sakit masa pakai tiub ni. Anak saya lps 2 mgu operate ni dia sakit kepala sampai skrg..dah dkt 2 bulan. Adakah tiub akan tanggal sendiri?

    ReplyDelete