Hari ini mama hendak bercerita pasal adik pulak. Asyik cerita pasal abang je kan...Hari Sabtu baru ini kita sekeluarga meraikan kejayaan adik pada Majlis Konvokesyen Pusat Tahfiz Gemilang. Adik mendapat tempat pertama dalam kelas...Tahniah sayang!!!
 |
Gambar: Inilah report card adik |
Kalau tengok report card yang adik bawa balik ini, memang banyak yang kena ditekankan...Especially subjek Pendidikan Islam dapat C. Hafazan pun macam itu juga..
Apa-apapun mama bangga dengan kejayaan adik itu...Walaupun mama selalu tidak sempat untuk mengajar adik membaca, tidak sempat melihat adik mewarna buku, namun adik tetap tidak menghampakan mama...Pernah juga sekali mama terdengar dari mulut adik, "mama ni asyik-asyik abang, asyik-asyik abang". Sedih mama mendengar rungutan adik itu. Bukan niat mama untuk melebihkan abang tetapi abang 'istimewa'..Mama harap satu hari nanti adik akan faham kenapa mama terpaksa memberi perhatian yang lebih kepada abang berbanding adik...Walaupun begitu, mama sayang sangat kedua-dua anak mama ini.
 |
Gambar: Inilah anak manja mama ADAM RIEFQEE |
 |
Gambar: Adik sedang beratur untuk mengambil hadiah. Best friend adik, Saifuddin, dapat no. 2 |
.jpg) |
Gambar: Adik sedang menerima hadiah |
 |
Gambar: Sila abaikan muka mama yang berkilat. Berpeluh dan berminyak muka mama sebab berkejar-kejar dengan adik sebelum mengambil hadiah |
 |
Gambar: Ayah dan abang pun sama-sama hadir untuk bagi sokongan pada adik |
 |
Gamabar: Saya dapat nombor 1 tau!!!! |
No comments:
Post a Comment