Dear Mr. Time...kenapalah pantas sangat kau berlalu???Belum puas lagi rasanya hidup dalam tahun 2013...
Pejam..Celik..Pejam..Celik..dah masuk tahun 2014..
Cerita penghujung 2013.....2 hari sebelum pendaftaran darjah 2 untuk persekolahan abang, mama pergi ke Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Terengganu (PPD). Niat hati untuk mengambil borang OKU seterusnya menukar abang dari sekolah biasa ke sekolah pendidikan khas..Seterusnya mama berjumpa dengan Encik Shukri, Penolong Pengarah bahagian pendidikan khas. Mama bercerita tentang abang dari A-Z, cerita tentang sekolah abang,cerita tentang abang duduk pra sekolah pendidikan khas, cerita tentang PK yang kurang bijak, cerita tentang mama dapatkan pengesahan doktor untuk abang masuk sekolah biasa, cerita tentang cikgu yang mengatakan abang 'slow learner' dalam masa 5 minit ujian bertulis, cerita tentang rungutan cikgu hendak isi markah untuk bacaan dalam PBS dan macam-macam lagi yang mama cerita..Puas hati mama dapat luahkan pada pihak yang berkaitan...
Setelah mendengar cerita mama Encik Shukri menyarankan mama supaya hold dulu niat mama untuk tukar sekolah abang. Beliau menasihati mama supaya bawa abang berjumpa dengan Doktor Nizam, Pakar Psiktrik Kanak-kanak untuk memastikan mental dan IQ abang di tahap mana. Sekiranya mental dan IQ abang normal seperti kanak-kanak yang seusia dengan abang maka abang sememangnya layak untuk bersekolah di sekolah normal...Sebegitu sekali tapisan yang abang lalui untuk mendapatkan pendidikan..
Tidak mengapalah sayang, mana yang mama boleh usahakan, mama akan usahakan demi untuk pendidikan anak mama...Jujur, mama tidak rasa kecewa pun sekiranya telah tertulis di Luh Mahfuz yang abang ini 'slow learner'. Sekiranya ditakdirkan begitu, mama akan usahakan pula untuk pendidikan yang khas untuk abang...Tapi mama tidak akan maafkan diri mama sekiranya mama telah tempatkan abang di sekolah pendidikan khas, then hendak buat ujian mental. Dapat pula keputusan ujian mental mengesahkan abang normal..
Sebelum berjumpa dengan Pakar Psiktrik Kanak-kanak, pihak hospital mengarahkan mama mendapatkan surat rujukan Pakar ENT berhubung kes abang. Bila berjumpa dengan doktor bahagian ENT mama menerima kata-kata yang sinis dari Doktor F. Dia kata pada mama: "Kalau Akhil dah tak boleh nak cakap, nak baca, macam mana cikgu nak menilai dia. Lebih baik hantar dia kat sekolah pendidikan khas saje"...Kali ini tiada lagi airmata bertakung di mata mama, tiada lagi kesedihan di hati mama. Yang nyata kata hati mama berbisik: FIGHT! FIGHT! FIGHT!...
Mama cuba menuturkan kata-kata yang paling manis buat doktor perempuan muda yang masih tiada anak itu: "Doktor, saya pegang pada cadangan PPD supaya membuat mental assessment pada Akhil. Soal macamana cikgu nak menilai bacaan dan pemahaman dia biar sekolah dan PPD yang uruskan. Sekiranya ujian mental mengesahkan Akhil memang ada masalah pembelajaran, saya dengan berbesar hati akan mencari sekolah pendidikan khas untuk dia"...Alhamdulillah doktor menerima kata-kata dan menyatakan sebelum membuat mental assessment abang perlu menjalani ujian pendengaran bagi memastikan pendengaran abang berkeadaan baik...
Sekali lagi ujian dari Allah datang untuk mama...Setelah melakukan ujian pendengaran doktor mengesahkan bahawa abang ada masalah pendengaran. Menurut doktor masalah ini berpunca dari cleft palate/sumbing lelangit. Ada air bertakung di kawasan gegendang telinga abang disebabkan struktur lelangit yang tidak normal itu. Tidak terlalu serious kerana abang masih mampu mendengar tetapi abang perlu dibedah untuk memasang tiub dan mengeluarkan air yang bertakung itu...
|
Gambar: Abang sedang menjalani ujian pendengaran |
Ya Allah, anakku akan dibedah lagi...Luluh hati mama mendengarnya. Hilang rasa semangat mama yang berkobar-kobar sebelum ini..Sebenarnya mama sudah perasan masalah pendengaran abang kerana abang selalu minta mama ulang apa yang mama cakap..Tapi mama cuba menafikannya hakikat semua itu bila melihat abang masih memberi respon setiap kali bercakap dengannya...Mama selalu marah abang kalau abang buat tidak dengar cakap mama. Abang, maafkan mama sayang...
Tarikh untuk operation telinga abang sudah ditetapkan pada 19.1.2014...Tetapi doktor mengesyorkan supaya dibuat ujian pendengaran kali ke-2 untuk kesahihan. Ujian kali ke-2 ditetapkan pada 13.1.2014...Mama berdoa dan berharap pada Allah semoga ada khabar gembira dari ujian kali ke-2 itu walaupun mama tahu harapan mama itu tipis. Tapi untuk berharap kepada Allah adalah sangat digalakkan bukan????