Thursday 14 November 2013

OKSIGEN DROP SEMASA TIDUR

Selepas menjalani pembedahan dan berhenti terapi menganga mulut, keadaan kembali kepada asal semula. Tracheostomy untuk menyalurkan ubat bius dan oksigen semasa operation dulu still lagi on. Abang agak kurang selesa dengan tracheostomy itu..Mama merujuk hal ini kepada doktor pakar plastik dan pakar ENT...Masing-masing mempunyai pendapat yang berbeza. Team plastik sokong agar offkan trachy manakala team ENT berpendapat trachy itu dibiarkan..Akhirnya mama yang memberi kata putus berdasarkan atas keselesaan abang, off trachy...

Selang 2 minggu kemudian mama terperasan perubahan abang semasa tidur, yang tidak pernah berlaku sebelum ini...abang tidur dengan dengkuran yang sangat kuat dan nafas abang tersekat-sekat...Mula-mula perubahan tidak begitu ketara tetapi semakin hari abang semakin sukar tidur...Mama merujuk kes ini pada doktor. Doktor memaklumkan otot-otot abang di sekitar trachea sangat lemah. Trachea abang tidak dapat berfungsi dengan baik terutamanya semasa tidur. Sekiranya tidak dirawat dengan segera, abang akan kekurangan oksigen yang mana boleh menyebabkan mati secara tiba-tiba atau merosakkan organ-organ dalaman abang secara perlahan-lahan. Ya Allah luluh hati mama mendengar penerangan doktor itu...Adakah ini semua salah mama kerana menyuruh doktor offkan tracheostomy sebelum ini???Maafkan mama sayang. Mama tidak bermaksud untuk menyiksamu. Kalaulah mama tahu trachea lemah disebabkan on-off on-off tracheostomy, mama lebih selesa melihat ketidakselesaanmu berbanding menggadaikan nyawamu...

Doktor menyarankan melakukan sleep study ke atas abang untuk memastikan berapa peratus oksigen dalam badan abang semasa tidur. Hasilnya oksigen abang bawah dari 50%. Mengikut pendapat doktor hal ini sangat serious...Doktor menyarankan abang memakai CPAP MACHINE semasa tidur. Untuk sesetengah kes CPAP machine sangat membantu untuk menangani dengkuran (snore) dan nafas tersekat (apnea)...Tapi sejauh mana pula ia dapat membantu abang?....Allahu 'alam...

Gambar: Abang sedang menjalani SLEEP STUDY...Sangat behave

Gambar: Bagai dirobek-robek hati mama ini melihat keadaanmu wahai anak...Bertabahlah...

Gambar: Abang tidur dengan memakai CPAP MACHINE...Selesakah???


Tuesday 12 November 2013

KONVOKESYEN ADIK

Hari ini mama hendak bercerita pasal adik pulak. Asyik cerita pasal abang je kan...Hari Sabtu baru ini kita sekeluarga meraikan kejayaan adik pada Majlis Konvokesyen Pusat Tahfiz Gemilang. Adik mendapat tempat pertama dalam kelas...Tahniah sayang!!!

Gambar: Inilah report card adik
Kalau tengok report card yang adik bawa balik ini, memang banyak yang kena ditekankan...Especially subjek Pendidikan Islam dapat C. Hafazan pun macam itu juga..

Apa-apapun mama bangga dengan kejayaan adik itu...Walaupun mama selalu tidak sempat untuk mengajar adik membaca, tidak sempat melihat adik mewarna buku, namun adik tetap tidak menghampakan mama...Pernah juga sekali mama terdengar dari mulut adik, "mama ni asyik-asyik abang, asyik-asyik abang". Sedih mama mendengar rungutan adik itu. Bukan niat mama untuk melebihkan abang tetapi abang 'istimewa'..Mama harap satu hari nanti adik akan faham kenapa mama terpaksa memberi perhatian yang lebih kepada abang berbanding adik...Walaupun begitu, mama sayang sangat kedua-dua anak mama ini.

Gambar: Inilah anak manja mama ADAM RIEFQEE

Gambar: Adik sedang beratur untuk mengambil hadiah. Best friend adik, Saifuddin, dapat no. 2

Gambar: Adik sedang menerima hadiah

Gambar: Sila abaikan muka mama yang berkilat. Berpeluh dan berminyak muka mama sebab berkejar-kejar dengan adik sebelum mengambil hadiah

Gambar: Ayah dan abang pun sama-sama hadir untuk bagi sokongan  pada adik

Gamabar: Saya dapat nombor 1 tau!!!!

Monday 11 November 2013

OPERATION THEATRE (PART 5) : REPAIR RAHANG PULAK....

Lepas operate panjang dagu hari itu, Alhamdulillah sudah ada perbezaan pada dagu abang walaupun sedikit. Dagu abang nampak lebih panjang sedikit. Yang paling penting abang dah boleh off trachy. Lima tahun abang bergantung pernafasan pada trachy itu. Bila dapat off baru abang rasa betapa selesanya hidup tanpa trachy kan...hihi.

Gambar: Masa ini trachy abang baru off...Abang nampak lebih selesa tanpa trachy
Bila sudah off trachy mama start hantar abang sekolah dekat tadika dan mama pun sambung kerja mama yang sudah lama mama tinggalkan. Sumpah tidak terfikir pun mama boleh practice semula. Selama ini mama ingat cita-cita mama sudah terkubur. Alhamdulillah...Walaupun kawan-kawan yang sama belajar dengan mama dulu masing-masing sudah mula mengumpul harta, tapi mama baru hendak mula membina karier, mama tetap gagahkan jua demi untuk kita sekeluarga...

Gambar: Mama bersama Master mama En Wan Zainuddin, lawyer jenayah paling terkenal di Terengganu

Gambar: Orang paling penting dalam hidup kita sekeluarga

Gambar: Nenek dan Tokki pun sama-sama hadir memberi sokongan untuk mama

Gambar: Antara kenangan indah dalam hidup mama. Bukan senang untuk capai ke tahap ini

Gambar: Posing ala-ala model....huhu
Ok. Cukuplah story pasal mama...Tidak ada yang special sangat pun. Mama cuma ingin berpesan khususnya pada anak-anak mama, you must be 'somebody', sebab dunia sekarang tidak ada siapa yang pandang kita kalau kita ini 'nobody'...

Berbalik pasal treatment abang lagi...Tidak habis lagi ke?...Ya belum habis lagi. Mama pun tidak tahu bila akan berakhir semua ini. Treatment, operation, follow-up, hospital, doktor, nurse, bla bla bla...semua itu sudah jadi asam garam dalam hidup kita sekeluarga..Untuk next operation doktor plan untuk buat sendi pada mulut abang...Kalau ikut medical term operation abang ini disebut "TEMPOROMANDIBULAR JOINT (TMJ) ANKYLOSING RELEASE WITH FASCIAL SPACER"..Haa terbelit lidah hendak menyebutnya dik non...Senang cerita pembedahan untuk membuat sendi di mulut dengan mengambil sedikit otot (peha).

Operation kali ini sangat berisiko sebab abang sudah tidak ada trachy. Sehari sebelum abang dibedah doktor bahagian plastik dan bius panggil mama untuk menerangkan secara ringkas tentang operation dan mendapatkan consent mama...Keesokkan paginya bila tiba nama abang dipanggil untuk masuk bilik bedah, abang mula rasa takut. Mama sedaya upaya meyakinkan abang bahawa mama sentiasa akan bersama abang. Mama peluk dan cium abang semoga dengan pelukan mama dapat mengurangkan rasa takut abang...Sebelum abang diberikan ubat tidur, mama dibenarkan masuk ke dalam bilik bedah. Suasana kelam-kabut dalam bilik bedah sudah tidak asing lagi bagi mama. Tugas mama di dalam bilik itu hanya untuk menenangkan abang...Salah seorang doktor pakar di situ datang dekat abang (mama rasa dia adalah ketua pakar bius). Dia beritahu mama kes abang ini sangat complicated kerana agak sukar untuk memasukkan tiub  yang menyambung ubat bius ke dalam mulut abang. Abang juga berisiko tinggi kekurangan oksigen. Kesan dari situ mungkin abang susah diselamatkan..Mama bertanya pada doktor tersebut kenapa risiko-risiko yang disebutkan tadi tidak dimaklumkan kepada mama sebelum ini? Dia pun agak terkejut kenapa mama tidak dimaklumkan oleh doktor yang in charge...Rasanya that is wrong place and wrong time untuk mama bangkitkan isu itu..Then apa yang mama boleh katakan kepada doktor tolong buat yang terbaik untuk abang. Selepas abang diberikan ubat tidur mama dibenarkan untuk cium abang puas-puas sebelum keluar. Dikesempatan itu mama cium abang puas-puas. Mungkin juga itu adalah ciuman mama yang ter........Tidak sanggup untuk mama memikirkan kemungkinan itu.

Lebih kurang pukul 12 tengahari pembedahan abang bermula. Keluar dari bilik bedah mama dapatkan ayah dan menceritakan segala yang berlaku di dalam bilik bedah. Terdiam ayah mendengar. Kami memang rasa agak kecewa dengan prosedur pembedahan kali ini. Tapi apa yang mampu kami lakukan hanyalah berdoa dan berdoa. Ayah ajak mama pergi makan untuk isi perut sebab ayah tahu mama belum makan lagi dari malam tadi. Tapi berat rasa kaki mama hendak meninggalkan bilik bedah itu. Tidak sampai rasa hati meninggalkan abang sendirian. Walau macam mana pun mama terpaksa mengalah bila memikirkan kalau abang sudah keluar bilik bedah nanti mama lagi tiada masa untuk makan kerana sibuk menjaga abang...

Pulang dari makan tengahari mama terus mendapatkan nurse yang menjaga kaunter bilik bedah takut-takut ada khabar abang dari dalam. Alhamdulillah nurse memaklumkan abang telah selamat untuk pembedahan tracheostomy. Sekarang dijangkakan pembedahan untuk sendi di rahang abang pula...Ya Allah syukur..Walaubagaimanapun Engkau Maha Berkuasa, permudahkan segala urusan pembedahan abang. Berilah kebijaksanaan dan kesabaran kepada para doktor yang sedang berusaha melakukan pembedahan ke atas abang, Ya Allah.. Sesungguhnya hanya Engkau yang Maha Mengetahui segala apa yang berlaku. Tiada tempat lain untuk aku memohon selain dariMu, Ya Allah...

Gambar: Gambar ehsan dari Mr. Google untuk gambaran bagaimana abang dibedah


Tepat pukul 7 barulah nama abang dipanggil menandakan pembedahan sudah berakhir...Kebiasaannya mama akan dipanggil masuk sekali lagi ke dalam bilik bedah untuk menemankan abang sementara doktor dan nurse memantau keadaan abang. Tetapi untuk kali ini nurse memberitahu mama abang dimasukkan ke dalam wad ICU kerana keadaan abang tidak stabil...Allah Allah Allah..Waktu itu hanya airmata sahaja yang berjujuran tiada kata-kata yang keluar dari bibir mama. Begitu juga dengan ayah. Adik pula sudah tidak sabar-sabar untuk melihat abang...Mama dan ayah bergegas menuju ke wad ICU tetapi nurse tidak membenarkan lagi kami berjumpa abang. Kami hanya disuruh menunggu sebentar sementara abang disiapkan di dalam sana....Tidak lama kemudian mama dipanggil masuk untuk melihat abang...Abang masih belum sedar lagi. Segala jenis wayar disambung ke tubah badan abang. Kepala dibaluti kain pembalut manakala tangan abang diikat pada sisi katil.Sebak mama melihat keadaan abang. Azab sungguh deritamu wahai anak. Jika kerana mama kamu tanggung semua kesakitan ini, maafkanlah mama. Niat mama hanya untuk kesempurnaanmu seperti kanak-kanak lain..Ya Allah aku memohon kepadaMu hapuskanlah segala rasa kesakitan pada anakku, Ya Allah. Berikanlah kesihatan kepadanya...

Oleh kerana abang masih belum sedar lagi nurse menyarankan agar mama rehatkan badan dulu kerana bila-bila masa bila abang sudah sedar nanti mungkin mama akan dipanggil untuk meneman abang. Mendengar kata-kata nurse itu mama pulang ke hotel untuk membersihkan diri dan berehat secukupnya...Hanya pada Allah sahaja mama serahkan segala-galanya...

Kira-kira pukul 4 pagi mama mendapat panggilan dari hospital memberitahu yang abang sudah sedar dan meminta mama segera datang ke wad ICU..Mama mengambil keputusan pergi seorang diri memandangkan adik sedang lena tidur....

Sesampai di wad mama lihat abang tercari-cari kelibat mama..Mama datang anakku.Sayu sangat mama lihat keadaan abang. Muka abang bengkak. Nurse memberitahu mama perlu ada di sisi abang ketika abang sedar kerana khuatir sekiranya abang menangis dan menggelepar akan memburukkan lagi keadaan abang...Selama 3 hari mama menjadi mengunjung setia di ICU, tidak kira ketika waktu melawat atau bukan. Memang penat dan tidak selesa, tapi apalah sangat semua itu jika dibandingkan dengan kesakitan yang abang rasa...

Alhamdulillah, hari ke-4 selepas pembedahan abang dibenarkan berpindah ke wad biasa kerana keadaan sudah semakin stabil..Walau bagaimanapun abang masih belum benar-benar stabil. Pergerakkan abang sangat terbatas. Abang masih tidak mampu untuk duduk apatah lagi bangun atau berjalan. Apa tidaknya pembedahan kali ini abang dibedah pada 3 tempat iaitu leher, rahang dan peha..Tidak dapat mama gambarkan betapa sakitnya abang...Tapi abang tetap hero mama. Pada hari ke-5 abang sudah mula berani untuk duduk walaupun dengan susah payah dan seterusnya tidak lama selepas itu abang gagahkan diri untuk berjalan... Syabas sayang!!!

Gambar: Hari ke 4 - Abang baru dipindahkan ke wad biasa..Keadaan abang masih sangat lemah

Gambar: Hari ke 4 - Muka abang bengkak..Bulat macam belon

Gambar: Hari ke 5 - Abang sudah boleh duduk dengan bantuan


Lebih kurang 3 minggu abang dan mama berkampung di HUSM. Banyak aktiviti-aktiviti di sana yang mengimbau kenangan. Especially sambutan hari lahir abang yang ke -7 diraikan bersama-sama semua nurse dan pesakit kanak-kanak di wad 2 Selatan. Semua kenangan itu akan terus tersimpan di ingatan selama-lamanya...
Gambar: Abang kena buat fisio kerana kaki abang lemah selepas dibedah

Gambar: Aktiviti mingguan yang dibuat oleh student HUSM

Gambar: 6.3.2006 HAPPY BIRTHDAY SAYANG...Semoga abang menjadi anak yang soleh, sihat & sempurna...
Minggu ke 2 selepas pembedahan, abang terpaksa menjalani terapi untuk menganga mulut...Allah Allah Allah...Bayangkanlah belum lagi hilang sakit pembedahan kena pulak buat terapi di tempat yang dibedah itu..Kalau tidak buat terapi itu, tulang dan otot baru abang akan keras..Bermula dari 3 keping spatula disusun meningkat ke dalam mulut sehingga semaksimum mungkin kata doktor..Sekuat mana tenaga abang menjerit, meronta dan menggelepar kesakitan, kuat lagi tenaga mama memegang, merangkul dan mengunci abang bagi memastikan terapi abang itu tetap berjalan...Setiap kali mama buat terapi itu pada abang, semua mata di dalam wad 2 Selatan itu akan tertumpu pada abang..Mungkin pada pandangan mereka mama bagai menyiksa anak sendiri..Tapi mama terpaksa kerana mama tidak diberi pilihan. Dalam masa seminggu mama berjaya memasukkan 8 keping spatula ke dalam mulut abang. Hati kering sungguh mama..Melihat perkembangan itu doktor sangat gembira dan menyarankan mama terus meningkatkan jumlah spatula..Minggu ke 3 abang dibenarkan pulang. Pulang bersama spatula untuk terapi...

Di rumah mama teruskan juga terapi untuk abang. Walau bagaimanapun hanya 9 spatula sahaja. Sekiranya ditambah lagi gusi abang akan luka. Oleh kerana terlalu kesian melihat keadaan abang yang menangis, merayu agar tidak diteruskan terapi itu, mama mengambil keputasan untuk menghentikan sahaja..Sesungguhnya terapi mengangakan mulut ini terlalu menyiksakan tetapi kesannya TIADA...Dalam erti kata lain pembedahan kali ini adalah GAGAL...